Saya biasanya menggunakan perkataan Inggeris di enjin pencarian Google untuk mencari bahan-bahan ilmiah atau apa-apa sahaja diskusi. Jika menggunakan bahasa Melayu, terlalu sedikit keputusannya, malah tersasar daripada apa yang aku inginkan.
Tak banyakkah bahan-bahan ilmiah dalam bahasa Melayu atau bahasa SMS yang banyak membantutkan perkembangan ilmu dalam bahasa kita? Cubalah saja kita perhatikan variasi perkataan 'saya'. Ada yang mengejanya dengan 'sy', 'sya', 'saye' ataupun 'sye'. Mana satu yang perlu saya masukkan dalam ruang pencarian?
Cubalah sahaja menjenguk di forum-forum bahasa Melayu hatta yang popular pun, pastinya ramai yang menggunakan bahasa SMS, padahal tiada pula had 160 huruf seperti yang kita biasa lihat di telefon. 'X' digunakan untuk menggantikan 'tak', 'tp' menggantikan 'tapi'.
Saya pasti, jika sesuatu artikel ditulis sehebat mana pun isinya tetapi dalam bentuk bahasa SMS, orang tetap memandang rendah dan jelek padanya. Penyampaian dengan bahasa yang baik adalah penting, sepenting isi yang mahu disampaikan. Tolak ketepi pemilihan kata atau tatabahasa, perbaiki dahulu hal ini.
Sama-samalah meningkatkan produktiviti bahasa Melayu dalam lapangan ilmu. Cukuplah singkatan-singkatan perkataan yang tidak masuk akal itu untuk menjimatkan ruang dalam SMS.
Baca Lagi...